Megahkan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sememangnya satu bahasa yang indah. satu bahasa yang tidak senang untuk lenyap di dunia ini kerana sifatnya yang boleh menerima suku kata dan perkataan daripada bahasa lain (Versatile).

Apa yang saya ingin ketengahkan di dalam warkah saya kali ini adalah berkenaan tentang penggunaan bahasa melayu dalam pengajaran sains dan matematik. Sana sini memperkatakan tentang keruntuhan bahasa melayu dan penegahan penggunaan bahasa inggeris di sekolah.

Di mana masalahnya?

Sebagai seorang yang juga mencintai bahasa melayi sejak dulu lagi, saya sangat tidak berpuas hati apabila sesetengah pihak nampaknya mula untuk mempolitikkan perkara ini...

Secara jujur, hidup saya pada hari ini, untuk kebanyakan masa saya menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi. Hidup dalam dunia perubatan, bahasa melayu langusng tidak dipandang. Bukan bermakna mereka merendahkan bahasa melayu, tetapi untuk kepentingan sains seluruh dunia.

Jika kita lihat keapda Bahasa inggeris dalam dunia perubatan, kebanyakan perkataan di dalam ilmu perubatan berasal daripada bahasa latin. malah Orang barat, inggeris, orang putih kita kata, tetap menerima bahasa latin sebagai astu bahasa saintifik dunia. Penggunaan bahasa inggeris seterusnya menjadikan seluruh warga dunia sains dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sebarang masalah.

Orang Malaysia, ingin membentang penemuan dalam sains terbaru di Malaysia, dan membentangkannya dalam Bahasa Melayu, mungkin tidak akan sampai ke mana hasil kerjanya di mata dunia.

Apa yang saya ingint egaskan di sini adalah, berilah peluang kepada generasi muda kita untuk belajar lebih sedikit bahasa inggeris untuk persediaan di masa depan mereka.

Saya ingin menceritakan sendiri pengalaman saya di tahun pertama pengajian perubatan dulu. Sejak sekolah menengah, dan Matrikulasi, semua buku dan pengetahuan saya adalah di dalam bahasa Melayu, dan apabila saya menjejakkan kaki ke dunia universiti malah di dalam ilmu perubatan, semuanya menggunakan bahasa inggeris. Saya tidak berasa malu mengatakan bahawa, kurangnya kefasihan saya di dalam bahasa inggeris adalah sebab kenapa saya gagal dalam ujian bulan pertama saya di dalam sekolah perubatan dan kenapa saya sehingga kini tidak dapat setaraf dengan rakan-rakan saya yang mahir dalam bahasa inggeris.

Saya mula belajar dan belajar sejak saya gagal dahulu dan lama kelamaan saya mula menyedari kepentingan bahasa inggeris. Semua pensyarah kami bukan orang Malaysia jadi dengan menguasai bahasa inggeris, amat senang untuk berkomunikasi bersama mereka.

Sejak dahulu orang mengatakan kepada saya.. "tengoklah jepun, mereka maju walaupun mereka menggunakan bahasa mereka sendiri, Malaysia boleh jadi begitu juga'...

Pernahkah orang yang berkata sebegini pergi ke jepun dan melihat sendiri keadaan di sana? Haha..

Saya pun tidak pernah tetapi seorang pensyarah saya yang pernah pergi ke jepun mengatakan, orang jepun ramai yang mahir dalam bahasa inggeris. malah dia mengatakan kepada saya yang orang jepun sangat pro kepada amerika. Tidak seperi negara kita.

Saya tidak menyeru pembaca semua untuk menyokong atau menjadi pro amerika. tetapi apa yang saya ingin tegaskan lagi, Bahasa inggeris sangat penting untuk kemajuan bangsa kita.

Saya percaya, jika Bahasa Inggeris digunakan untuk mengajar mata pelajaran sains dan matematik, saya tidak percaya yang generasi kita akan melupakan bahasa melayu...

Seterusnya saya ingin menceritakan tentang negara India. Di mana bahasa rasmi mereka adalah bahasa inggeris, namun saya tidak cukup masa sekarang ini....

I will continue this disccussion later in more proper way.

Comments

  1. thanx sbb ketengahkan isu begini. ini banyak mebantu saya untuk assignment semester ini. thanx again.

    ReplyDelete

Post a Comment

Please leave your comment below.

Popular posts from this blog

Astro Remote volume not responding

Master in Pathology (Malaysia): A Guide To Apply.

Becoming a medical officer in Malaysia: Are you still a real doctor?