Megahkan Bahasa Melayu

Seribu maaf atas kesalahan pengejaan beberapa perkataan di warkah lepas. Saya kurang gemar melakukan penulisan awal sebelum menpamerkannya di laman blog saya. Oleh itu, segala kesilapan itu, hanya maaf yang mampu saya ucapkan.


Menyambung kepada cerita saya di warkah kepas berkenaan bahasa melayu. Jika kita lihat negara india, bahasa rasmi mereka adalah bahasa inggeris. namun, pernahkan ada orang india yang tidak tahu berbahasa india di India?

Pada pendapat saya, jika mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris di sekolah, ia tidak akan memperngaruhi tutur kata seseorang itu. Amatlah mustahil jika kita bayangkan seorang budak tidak faham bahasa ahli keluarganya yang lain di rumah kerana mereka menggunakan bahasa inggeris di sekolah.

Dua hari lepas, saya berjumpa seorang pesakit berasal dari perancis. Pada pengetahuan saya, orang peranchis bukan jenis orang yang tertarik menggunakan bahasa inggeris malah bagi mereka, bertutur dalam bahasa inggeris seperti memalukan bangsa mereka.

Namun pesakit tersebut amat petah berbahasa inggeris walaupun mengakui yang menguasai bahasa inggeris seperti menjatuhkan maruah bangsanya. Dia mengatakan yang bahasa peranchis di gunakan semasa dia bertutur dengan keluarganya di rumah dan bahasa inggeris digunakan dalam urusan rasmi di luar rumah. terbukti yang beliau tidak lupa bahasa ibundanya walaupun menggunakan bahasa asing di luar rumah.

Perkara ini jelas dipolitikkan dan juga dipergunakan oleh sesetengah pihak yang ekstremis. Jikakita memandang serius terhadap ekstremis agama, kenapa tidak ekstremis bahasa?

saya sangat tidak bersetuju dengan cadangan menukar kembali penggunaan bahasa inggeris di dalam pengajaran sains dan matematik. Jangan malukan bangsa kita sendiri suatu hari nanti.

Siapa pencinta bahasa? Ajarlah dalam bahasa melayu, dan tanyalah berapa ramai yang habis membaca novel salina?'............ ascap23

Comments

  1. aku baca novel berbahasa Indonesia jeerr

    Laskar Pelangi. sangatlah menarik

    ReplyDelete

Post a Comment

Please leave your comment below.

Popular posts from this blog

Astro Remote volume not responding

Master in Pathology (Malaysia): A Guide To Apply.

Becoming a medical officer in Malaysia: Are you still a real doctor?