Sahabat Kartika

Edisi khas bahasa melayu.

Saya berasa sangat aneh pada zaman sekarang ini. Terutamanya apabila mendapat tahu yang mahasiswi di University Malaya menubuhkan kelab sahabat kartika dan menjadikan Kartika seperti idola mereka.

Masalahnya, sebagai muslim, kesalahan kartika adalah dosa besar kerana meminum arak malah di tempat awam. Hukuman yang dikenakan ke atas kartika, hanya Tuhan sajalah yang tahu. Cuma apa yang kita tahu beliau akan dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan yang dia lakukan.

Jika direnung kembali, perlukah orang sebegini dijadikan idola?

Pencuri yang mencuri, dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, adakah pencuri ini perlu dijadikan idola.

Pembunuh yang membunuh dan dijatuhkan hukuman bunuh, adakah pembunuh ini perlu dijadikan idola?

Sahabat pembunuh? Sahabat pencuri? sahabat peminum arak?

Lucu.

Namun ada motifnya penubuhan kelab ini untuk memperjuangkan falsafah dan hukum agama namun sepatutnya mereka lebih berhati-hati kerana isu ini sudah dipolitikkan malah penubuhan kelab ini lebih menjadikan isu ini bersimpang siur dan boleh menyebabkan salah faham di kalangan masyarakat tidak kiralah muslim ataupun tidak.

Mungkin kalau ditukar nama menjadi sahabat wanita, sahabat dia, adalah lebih elok daripada menggunakan nama kartika.

Dunia sekarang, buat jahat pun boleh di sanjung. entah kalau aku pergi minum arak dan bersetuju menerima hukuman sebat, akan ada kelab sahabat chucky charlie atau sahabat ascap23?

Entah. Siapa tahu?

Comments

Popular posts from this blog

Astro Remote volume not responding

Master in Pathology (Malaysia): A Guide To Apply.

Becoming a medical officer in Malaysia: Are you still a real doctor?