Apa tahap Pendidikan Ahli Politik?
1. Artikel kali ni ditulis dalam Bahasa Malaysia kerana saya risau ada orang yang tidak faham tentang apa yang saya ingin katakan di sini.
2. Ketika membuka radio pada waktu pagi tadi, saya mendengar berita yang sedang disiarkan berkenaan isu kenaikan harga gula.
3. Kandungan berita itu adalah seperti berikut:
" (seorang ahli politik di Sabah) berkata bahawa kenaikan harga gula tidak akan menyebabkan kenaikan harga makanan di pasaran dan haruslah dipandang secara positif. Dengan kenaikan harga gula ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan boleh mengelakkan penyakit diabetes. Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa masalah diabetes semakin meningkat di Malaysia dan ianya boleh membawa risiko penyakit jantung dan lain lain penyakit...."
Beginilah kandungan berita itu.
4. Apa yang tidak kena disini adalah, tentang pencegahan diabetes dengan kenaikan harga gula. untuk pengetahuan semua, kenaikan harga gula tidak akan langsung membantu dalam pencegahan penyakit diabetes. saya amat yakin. dan yang lucunya, jika anda pergi ke kedai kopi dan minta kopi kurang gula satu.. harga kopi secawan itu tidak akan dikurangkan berdasarkan berapa jumlah gula yang dimasukkan ke dalamnya. Jika harganya RM1.50,... RM1.5o lah harganya walaupun anda minta sebutir gula saja untuk diletak kedalammnya.
5. Bagaimana mereka ini boleh mengatakan perkara ini boleh mengurangkan diabetes? Dan macamana mereka boleh berkata harga makanan tidak akan naik?
6. Memang kenaikan harga gula kemungkinan tidak dapat dielakkan, namun janganlah beri alasan sebegini kerana nampak sangat...tidak berpendidikan lah. Haha. Adalah lebih baik diterangkan tentang sebab sebenar kenaikan harga gula, mesti ada sebab. Mungkin hendak mendapat untung sedikit. tidak mustahil. tapi..mengelak diabetes? hahaha.

Comments
Post a Comment
Please leave your comment below.